06 August 2011

Ramadhan ke-6









aku berbuka puase dekat padang MPK hari ni. korang yang tak duduk Kuantan mesti pelik skalau tengok keadaan berbuka at sini. ni yuyu nak bagi tau sikit. lebi kurang 2 3 tahun baru ni, menjadi tradisi penduduk Kuantan berbuka puasa di padang MPK beramai2. masing2 datang sama ada membawa bekalan dari rumah mahu pun membeli nya dari bazar ramadhan berhampiran. kalau korang pernah datang, mesti korang akan nampak padang tu full gile. memang syok la. lepas je berbuke, siape yg nk g pergi terawih, boleh la bawa kain telekung sekali sebab padang ni terletak bersebelahan dengan masjid besar kuantan. so ,this year, ni first time aku berbuka di padang dengan keluarga aku termasuk lah sedare2 rapat sekali. tahun2 sebelum ni pun aku dah merase berbuka puase di padang. memang tak lengkap puase rase nya kalau tak datang berbuke at padang ni walaupun sekali setahun. siape yang datang Kuantan pada bulan Ramadhan ni, harap korang tak melepaskan peluang untuk merasai suase di sini.