30 November 2012

Rehearsal

Pagi-pagi lagi dah kena pergi kolej. Ada rehearsal untuk show Hari Konvo Geomatika College dekat Dewan Centrum Setiawangsa. Kelam kabut sangat sebab kena bersiap sendiri. Sangat penat dua tiga hari ni. Errr bila lah semua ni nak berakhir :/ *sad face*






24 November 2012

20 November 2012

dance

Hari ni dah masuk minggu kedua training untuk dance competition tu.
Penat sangat-sangat. tapi seronok.
Banyak pengalaman yang dapat.
Terlalu sibuk hidup dekat sini sampai nak update blog pun dah takde masa.

Lebih kurang setengah tahun yuyu menyepi kan?

Nah tengok muka bulan ni sikit *perasan comel*
Kbai2
*flying kiss*

16 November 2012

Injured

Hari ni training macam biasa, pukul 10 dah sampai dekat college.
*semangat*
Banyak Sir tambah step-step baru.
Nasib baiklah kan cepat 'catch-up'.

The bad things happen today is, my fingers getting terseliuh.
Ya Allah. sakit gila.

I still continue dancing like usual.
But when I back home, it becomes worst.

 7.00 p.m
10.35 p.m

Just can hope that it's going to be better :)








14 November 2012

Training | Dance

Haiyya ! Pagi-pagi dah bangun lambat. Ni gara-gara kepenatan semalam.
So, terpaksa drive sendiri pergi college *penat*

Sampai-sampai je terus pergi breakfast dengan Syed.
Lepas tu dah start training.
Memang gila lahh. tak stop sampai pukul 2 dari pukul 10.30 pagi.

Mula-mula memang susah, sebab first day nak ingat step.
*tak nak pulak banyak*
Hari ni belajar 3 tarian
1 modern dance and 2 traditional dance.
I prefer traditional dance berbanding modern.
Hhhehehe :D

Lunch dengan De'Lips dekat Jusco Setiawangsa.
Diorang okay la, just aku je macam susah sikit nak biasa kan diri.
Malu lahh. Diorang semua cantik-cantik.
*rendah diri*

Habis training tadi lepak dekat Wadi Bistro kejap dengan De'Lips,
diorang plan next month nak pergi Pulau Pangkor.
Yeaayyy ! *kena kumpul duit*

Kesimpulannya aku sangat penat dan nasib baik esok takde training.
So.. boleh la tidur puas-puas :)

13 November 2012

Back to Selayang

Malam tadi tak tidur gara-gara menyiapkan portfolio mammy.
*padahal tak penting pun*
Bangun-bangun je tengok jam dah pukul 1 tengah hari *terkejut*

Gelepor pergi mandi lepas tu siap-siap.
Aku bertolak dari Kuantan pukul 5 sebab pergi jumpa mereka-mereka yang patut dulu.
Hhheehehe.

Debor jugak lah *dupdapdupdap* sebab first time drive jauh sorang-sorang.
Alhamdulillah pukul 7.30 macam tu selamat sampai dekat Magnaville Selayang.
Yeayy ! 

Angkat barang naik atas pun sorang 
*taknak pulak banyak + berat*
Sangat penat. Btw, aku berjaya harungi semua ni :)

 

11 November 2012

Wedding day

Hari persandingan Kak Ma & Abang Fariz just buat dekat rumah je. Tapi, still lagi meriah. Pelamin, meja makan pengantin dan baju semua, mak sedara yuyu yang buat. Kalau nak kahwin, boleh lah booking dia je. Confirm korang puas hati. Service dia sangat bagus dan paling penting, MURAH.

 Pelamin
 Meja makan pengantin
 Goodies

 Candy bar
 Hantaran
 Sesi memotong kek










ME ^_^

10 November 2012

Pernikahan

Setelah mengikat tali pertunangan , akhirnya Kak Ma (Iqlima) & Abang Faris akhirnya selamat di ijab kabulkan pada tanggal 10.11.12. *what a nice day* Alhamdulillah.






PREPARATION






*berangan nak kahwin*