04 June 2012

Sumbat

Dah lima minggu, tapi kelas tak start lagi. Kitorang dah macam orang gila hari-hari orentasi. Hari ni, ajak kawan-kawan  pergi AEON AU2. Karaoke lagi syok !



 Hakim and ME
Syed and Hakim

03 June 2012

Perak (part II)

Hari ni Hakim bawak pergi jalan-jalan dekat Perak. Macam-macam tempat aku pergi. Thanks to him .












02 June 2012

Perak (part I)

Semalam balik dari kolej, Hakim ajak ikut dia balik Perak. Dah alang-alang tak tau nak buat apa, so ikut jelah. Kamarul pun ikut jugak. First time aku menjejakkan kaki dekat Langkap. Family Hakim sporting gila, belum ada apa-apa lagi dah buat aku macam anak sendiri. Diorang layan aku baik gila. Heehe.

Hari ni bangun awal sebab nak pergi Batu Gajah. Kakak Dekna kahwin. So ajak lah Hakim dengan Kamarul sekali.


Dekna

Balik je dari kenduri, terus pergi rumah Hakim semula sebab nak tukar baju. Family dia ada buat picnic dekat Hutan Lipur Kuala Woh. Diorang nak celebrate birthday mak Hakim. Mak dia siap serve kan lagi makanan dekat aku *terharu*.



Lepas tu terus naik Cameron Highland.





Yeaayy ! I've got this from Fitri Hakim. I'm very shocked. Tengah makan, tiba-tiba dia cakapa nak pergi beli barang kejap. Then dia datang bawak roses ni :) Terharu gila. 

15 May 2012

new LIFE

ehem ehem. hello semue ^_^  (melambaikan tangan sambil buat buat muke cute)
lame gile tak update blog.
nak nak lepas dah bergelar pelajar IPTS. kihkihkih (bangge kejap)


sebelum aku start belajar kat Geomatika College International ni kan, kitorang kene pergi Taman Buku dekat Melaka untuk sesi orentasi.
OMG!! ada kem kot. 
macam PLKN. nasib baik aku tak join aktiviti-aktiviti lasak yang diorang buat memandangkan aku tak boleh buat semua tu >.<  untung kan?


mula-mula rase home-sick gila.
tak selesa.
hidup dalam kem pastu buat mende mengarut-mengarut je.


sampai la kat KL, aku dapat rumah segala bagai.
aku still tak boleh nak biase kan diri dengan keadaan kat sini.
maklum lah kan. aku mane pernah berpisah lama dengan mummy.
segala mende selama ni mesti nak kene ade mummy kot.


lame-lame aku baru boleh go on dengan life style kat sini.
memang hidup susah gile.
aku belajar berdikari. 
pengalaman yang aku lalui mengajar aku untuk nematang kan diri aku.


setakat ni aku dah biase dengan kepayahan hidup yang aku lalui.
aku akan cuba untuk kuat kan diri.
aku akan habis kan pelajaran kau dengan berjaya dan cuba merealisasikan impian mummy untuk melihat aku berjaya suatu hari nanti.
Insyallah ~

26 April 2012

studies again :D

hey hoo !
hari ni g interview kat vistana.
auww tak sangka yang aku akan buat satu keputusan yang sangat besar untuk hidup aku.
aku akan continue studies lepas ni.

errrr? uitm? utm? upm? ump?
tidak sama sekali.
knape yuyu tak tunggu keputusan UPU?
owh~ jawapan dia senang je.
sebab course yang yuyu nk tak wujud kat mana-mana IPTA di Malaysia ni ok.

agak berat hati nak tinggal kan mami and kawan-kawan.
tapi apa yang aku buat ni untuk mase depan aku jugak kan.
bukan lama pun. 2 tahun setengah je.

4 Mei 2012 genap umur aku 18 tahun,
aku akan bertolak ke Melaka untuk sesi orientasi.
:'( sedih sangat sebab tak boleh celebrate birthday dengan mereka yang tersayang.

8 Mei 2012 baru pendaftaran di KL.
nak tau yuyu belajar kat mane?
ambil course pe?
haa tunggu. nanti yuyu update bile dah sampai kat KL.

21 April 2012

dalam kenangan. AL-FATIHAH

aku ade sorang ayah sedare, ktorang panggil dia Elong.
dia ni tak pernah kahwin. dia hidup sorang-sorang je.
mami cakapa dulu Elong ni ok.
tapi lepas dia accident teruk dulu, hidup dia jadi lain.

aku tak pernah care pun pasal Elong selama ni.
aku tak pernah ambil peduli pun pasal dia.
*teruk kan?

minggu lepas dia sakit. makin teruk dari dulu.
mami pun rase tak sedap hati so mami decide nak jage dia.
ok ok. aku tak kisah pun. 
tapi entah kenape bile dia dah start duduk dengan kitorang tu,
aku rase lain.
timbul satu rase simpati dan sayang aku kat dia.
selama ni aku tak pernah pun macam ni.

kedaan dia teruk sangat.
kitorang jage dia. ada satu hari menitis air mate aku tengok dia macam tu.
aku tak pernah jage orang yang sakit tenat.
selame dia ade dekat rumah aku, aku belajar erti kesabaran melayan karenah dia.

cukup satu minggu dia nak balik ke Pekan.
puas mami pujuk jangan balik.
tapi dia nak jugak. so, mak sedare aku datang ambil dia dekat sini.

sejak-sejak ni, Elong memang tak leh berpisah dengan mami.
mami pun berat hati nak tinggal kan Elong.
so mami nekad nak balik Pekan, jage Elong kat sane pulak.
aku terpakse berkorban, ambil alih tugas mami jage adik-adik and jage kedai.

malam 20 April 2012 lebih kurang pukul 11.45 malam,
mami call aku cakap yang Elong dah tak de buat selame nye.
terkedu aku. diam seribu bahase. panik sangat.

malam tu jugak aku bergegas g ambil Qilah dekat asrama.
alhamdullilah Subuh tu ktorang selamat sampai kat Pekan.
dapat aku menatap wajah arwah buat kali yang terakhir.
entah kenape aku rase sebak sangat dengan pemergiaan arwah.
aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang jage dia sebelum akhir hayat dia.

arwah selamat di kebumikan bersebelahan pusara arwah abang aku
di Perkampungan Parit engku Dato' ,Pekan.

semoga arwah berada dalam kalangan orang yang beriman. AMIN !

AL-FATIHAH ~

20 April 2012

yuyu tak tau nak letak tittle apa untuk entry ni.
ok memang lame tak post entry kan?
entry kali ni ade kaitan dengan kawan yuyu dalam FB.
yuyu nak post at wall Facebook yuyu tak sampai hati pulak.

actually yuyu bukan dengki ke ape ekh.
tapi yuyu musykil.
baru-baru ni ade lah dengar khabar pasal kawan yuyu name N sakit.
risau la jugak sebab sampai operation bagai kan.

then yuyu dapat tau yang dia dah selamat buat pembedahan appendix hari SELASE baru ni.
masalah nye yuyu nampak dia naik motor semalam.
erkkk?? dia ni betul-betul kene operation ke tak?
yuyu pernah buang appendix masa tahun 2007 dulu.
satu minggu masih rase sakit. tapi dia sehari je.
tak kan dah baik?

last year yuyu buat operation muscle biopsy.
sebulan tak leh bangun.
ambil mase jugak la nak sembuh.

kesimpulan nye, kalau dia betul-betul sakit tak pe.
takziah untuk dia.
tapi kalau tak? kenape kene heboh-heboh kan mende macam tu.
buat orang lain risau tau tak.

tapi tak tau la kalau dia ade agenda lain kan ?
 -_____-

10 April 2012

LIKE my page

kepade se siape yang ade Facebook,
boleh la usha-usha fan page yuyu ni ye:

05 April 2012

visit my blogshop

blogshop yuyu dah siap.
tak cantik mane pun.
yuyu akan cuba upgrade lagi blog tu lepas ni.
kelam-kabut sangat buat sorang-sorang ni.
heee :)

try la blogwalking -->  http://vindemiastilo.blogspot.com/

kalau nak tanye pape boleh contact FB or twitter ok.
Thank You

10 March 2012

Vindemia Stilo Boutique

hey kawan. lame betul tak update blog ni.
lepas habis SPM hari tu memang busy gile.
fyi, yuyu dah buka butik sendiri.
tak de lah besar-besar pun.
just buat part-time je.
buat sementare ni yuyu tumpang dulu butik yuyu at saloon mami.
well, sambil-sambil shopping tu boleh la nak buat rambut ke, nak urut ke, facial ke.
BEST kan? one stop center la konon. hehehe.
so bagi kawan-kawan yang tinggal at kuantan boleh la try datang at kedai saya ye.
terletak di atas Klinik Nasha, Cenderawasih.
**kawasan perumahan. senang sikit orang nk datang





yuyu dah buat opening pada 3 march 2012. harap-harap sambutan akan lebih baik lepas ni.
yuyu akan cuba bagi yang terbaik untuk peminat fashion di luar sane.
insyallah yuyu akan cuba keluar kan jenama yuyu sendiri hujung tahun ni.
AMIN :)

01 February 2012

resign !

yeah ! lame tak update kan? dah ade da bunyi-bunyi yg tegur.
bukan tak nak update la syang.
tapi yuyu busy. well, dah jadi wanita bekerjaye sekarang ni -.-"
heee. tak ade la. yuyu memeang busy sangat sejak kerje.
nak online pun dah tak de mase okay.


and today, i decide to QUIT from my work !
its hard for me but i have too.
at least yuyu dapat pengalaman bekerja dengan orang.

and now yuyu buat pe?
haa meh sini nak promote sikit.
yuyu akan buka boutique yuyu sendiri.
buat mase ni yuyu tumpang boutique yuyu at kedai mami.
kalau ade rezeki lebih, yuyu akan cari kedai lain.

to all my friend, wait my invitation for coming on my opening day soon.

28 January 2012

the night of emirates

agak kelam kabut yuyu nak g dinner ni sebab balik kerje pun dah lambat, then nak bersiap lg.
pukul 8 ++ baru gerak. sampai at Vistana , kerete pulak buat hal. adoih !
pukul 9 baru dapat masuk. dah la tak de partner nak jalan at 'red carpet' tu.
sedih betul.

 dancing time


 guess who ?

 so sweet c:

 with iqa


 music chair

 luna yamasaki

 BEST BODY awards. heee


 Kugiran di Tepi Pantai


ni first dinner yang sis aina organise. hope lain kali buat lagi . PEACE c:

11 January 2012

new watch

dah lame sangat aku nak jam casio ni. aku tengok macam elegan gile
akhir nya dapat jugak aku beli.
tak sampai hati pulak nak pakai sorang. dah alang-alang ade duit lebih.
so aku present kan satu at sayang aku.
harap-harap dia akan jage jam tu elok-elok.

15 December 2011

tolong boleh ?

hey kawan-kawan. boleh tolong tak?
klik sini ---> http://tinyurl.com/yuyu-rebecca
then letak name n email korang. tolong confirm kan at email masing2 n ikut step seterus nye.
korang baik kan? tolong ye. 
Thank You ♥

10 December 2011

first day working


yeay. yuyu dah start kerje. hari last paper. elianto ade call. dia nak ambil yuyu kerje dengan diorang. rezeki lah kate kan. so tak payah la nak menganggur lame-lame.

hari ni first day. not bad la. boleh buat sale RM200++ . alaa biase lah baru kerje. tak boleh la lebih-lebih.
baru yuyu terase beza sekolah dengan kerje. hehe. anyway, i enjoy myself working here. sebab memang niat yuyu nak kerje at elianto ni.

dia punye produk semue elok so bile yuyu dah kerje sini, boleh pakai hari-hari.

sape-sape yang terase nak try produk ELIANTO ni boleh la datang at East Coast Mall Kuantan 
**sebab yuyu kerje at situ HAHAHA =D





08 December 2011

ombak rindu

hari ni g tengok cerita OMBAK RINDU.
orang lain dah kecoh sana sini pasal cerita tu.
so aku nak tau jugak

lepas dah tengok ..........
hhhmmmmmm ok la..
tapi cerita ni tak se sedih cerita LAGENDA BUDAK SETAN <3


02 December 2011

new cover

check out my new cover at youtube : 

** i need you comments.

25 November 2011

boring

malas nak study. lame tak bukak laptop. dah berhabuk dah pun (tipu je) . so, online  mukabuku kejap. tak de mende yang best . maklum lah, kite ni bukan hot stuff. aku terus LOG OUT dari laman sesawang yang merepek tu.

bukak YOUTUBE pulak. usha2 Shila Amzah. hmmm tak de cover baru. malas da la nak usha Najwa Latiff, dulu sebelum dia famous, bile bukak youtube mesti dia orang pertame yang aku cari sebab dia banyak buat cover. sejak dia dah glamour ni, hampeh, tak de pun cover baru. malas dah la aku nak tengok. aku ingat lagi mule2 aku jumpe Najwa dalam youtube, aku tengok dia buat cover Grenade, suare dia best, lepas tu, aku follow dia selalu. sekarang tak dah.

then, bukak youtube Encik Mimpi. ade cover baru. suare mamat ni ok tapi dia tak pernah tunjuk muka dia at khalayak ramai. aku rase kan, dia takut nanti orang benci dia kalau jumpe depan2. walaupun aku tak kenal dia, tp aku rase kalau dia serious dalam industri muzik ni, mesti dia boleh 'up' la. ekh dia ade buat cover GOOLATE (Google Translate) wish you were here. g lah dengar. dah lebih sepuluh kali aku dengar. nak tercabut perut. keepit up ENCIK MIMPI !!!

24 November 2011

second week of SPM

penat sangat. ni minggu kedua SPM. lepas ni tinggal paper Chemistry, Biology & Geografi je lagi. susah gile paper Physics tadi. tu la akibat tak study. Add.math semalam ok la.

subjek2 lain sebelum ni pun ok je. menyesal ambil aliran sains tulen ni. kalau tau ambil subjek Perdagangan & Geografi je. mesti boleh dapat staight A's. haish, nak buat macam mane. nasi dah jadi bubur. jangan toleh ke belakang, jalan kene pandang depan takut nanti tersungkur pastu dapat malu, kan?

tak sabar nak tunggu habis. tak larat dah tanggung sakit kepale ni . . .

23 November 2011

new guitar

akhir nye dapat jugak aku beli acoustic guitar. puas jugak nak pilih. dua tiga kedai cari baru la dapat. puas hati aku. nak gitar lain, tapi beli yang lain. mule2 ingat nak beli yang body besar , sebab dah lame mengidam. last2 aku beli yang saiz biase je, tapi dah ade pick up. senang la. tapi kabel kene beli asing. haish sabor jela. satu kabel tu RM35. menyesal pulak la beli kabel dulu, kalau beli tuner tu tahan la jugak. selenge la.



lepas habis SPM ni baru aku buat cover untuk youtube . menyampah tengok cover yang lame. video semua tak clear. wait ok !